Jumaat, 24 Mei 2013

permainan goalball

      Assalammualaikum hari ni saya ingin menceritakan tentang satu permainan yang kebanyakkan orang normal tidak tahu iaitu permainan GOALBALL.

 APA ITU GOALBALL???

      Goalball merupakan permainan Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah penglihatan.Permainan ini berasal dari negara Jerman.Permainan ini wujud kerana pada wktu itu ada lah sekumpulan askar yang dah hilang penglihatan akibat peperangan.Cara permainan ini dimainkan ialah melalui 2 kumpulan yang mempunyai 6 orang bagi setiap kumpulan (3 org pemain utama dan 3 lagi simpanan)


ha!!!!!! gambar yg kt atas ni adalah posisi masing2 sewaktu bermain (gambar hiasan)

gambar kt atas ni adalah merupakan gelanggang goalball yang panjangnya 18 meter dan lebar 9 meter.setiap pemain harus mengawal sepanjang 3 meter.dengan menutup mata dan hanya menggunakan telinga untuk menangkap bola tersebut.
   bola apa ni??? ha!!!! ini lah bola goalball yang diperbuat daripada getah dan mempunyai 2 biji lonceng di dalamnya dan berat bola ini ialah 1.25 kg dan cara main bkn tendang (dah pernag buat bengkak ohhh kaki) tetapi dengan cara membaling bola ini secara leret.Harga bola ini rm400 sebiji.

Kalau nak tengok mcm mana kami bermain ha! rajin2 la like page FB GOALBALL MALAYSIA di sini  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=360262867400232&set=o.270391206340870&type=1
 nanti saudara saudari akan tahu sendiri.itu lah serba sedikit yang saya blh kongsikan kepada anda semua.

sekian terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

YABA-YABA ALWAYS SMILE!!!!!!!     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan